Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

AUDIT PEMATUHAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ISO 45001:2018 - 2ND SURVEILLANCE AUDIT

11 Julai 2024, Khamis - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menerima kunjungan panel penilai dari National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Certification sempena Audit Pematuhan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018 - 2nd Surveillance Audit (Audit Pematuhan Kedua) bagi Tahun 2024.

Pengauditan ini diketuai oleh Encik Hasnan Jamaluddin, Ketua Juruaudit National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Certification dan Encik Nuur Irsyad Shafiq Che Mat selaku juruaudit NIOSH Certification.

Audit Pematuhan ini telah dijalankan selama 2 hari. Semakan dokumentasi dan lawatan ke lapangan telah dijalankan bagi melihat dan memastikan setiap Arahan Kerja (AK) yang ditetapkan sentiasa dipatuhi oleh warga kerja MDTM.

Sekalung tahniah dan syabas kepada barisan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan khususnya warga kerja MDTM kerana telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang tempoh pengauditan. Hasil komitmen tersebut,MDTM telah merekodkan 3 penemuan positif dan pencapaian bebas NCR Dan OFI
  • Utama
  • Informasi
  • EKSA
  • Aktiviti Terkini
  • AUDIT PEMATUHAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ISO 45001:2018 - 2ND SURVEILLANCE AUDIT

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/08/24 • Jumlah Pelawat : 21286959