Rabu, 11 September 2024 - Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shazwi bin Ahmad Shukri dari Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris dan disertai oleh Yang Dipertua MDTM Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Setiausaha MDTM Encik Roslan bin Kamaruzaman, Ahli-Ahli Majlis MDTM, Ketua - Ketua Jabatan MDTM dan semua kakitangan MDTM.
Taklimat selama 2 jam ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental di kalangan kakitangan MDTM, mengurangkan stigma yang berkaitan dengan penyakit mental serta menggalakkan sikap pencarian saluran bantuan yang betul dalam menangani masalah kesihatan mental.