Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI VIVA VOICE TUAN SHAZREE IDZHAM BIN WAHAB ABDUL RAHMAN, A.M.P

Setingi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tanjong Malim, Tuan Shazree Idzham Bin Wahab Abdul Rahman, A.M.P. atas kejayaan lulus sesi Viva Voce, yang telah berlangsung selama 1 jam 30 minit, dengan keputusan ‘Passed with Minor Corrections’ dalam pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan (Ph.D In Management) pada 1 Julai 2025 (Selasa) di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.

Sepanjang tempoh pengajian, Tuan YDP telah dibimbing oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohmad Amin B. Mad Idris sebagai Penyelia Utama dan YBrs. Dr. Nor Hafizah Bt. Abdul Latiff Khan sebagai Penyelia Bersama.

Sesi Viva Voce Tuan Shazree Idzham Bin Wahab Abdul Rahman, A.M.P, telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel B. Mydin Meera. Manakala YBrs. Prof. Dr. Ahmad Martadha B. Mohamed daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan YBrs. Prof. Dr. Zaharah Bt. Hussin daripada Universiti Malaya (UM) masing-masing merupakan Penilai Luar 1 dan Penilai Luar 2 sementara YBrs. Dr. Salina Bt. Khalid daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pula merupakan Penilai Dalam.

Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan penuh sukacita dan bangga merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan Syabas sekali lagi kepada Yang Dipertua MDTM, Tuan Shazree Idzham Bin Wahab Abdul Rahman, A.M.P. diatas kejayaan tersebut yang turut mencerminkan kecekalan, dedikasi dan semangat juang Tuan YDP dalam menyeimbangkan tanggungjawab sebagai pemimpin Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagai sarjana ilmuwan. Kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga MDTM untuk terus mengutamakan pembelajaran sepanjang hayat dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua aspek perkhidmatan.

Semoga MDTM terus Maju dan Jaya.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 21/07/25 • Jumlah Pelawat : 21286959