Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS PELAKSANAAN ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 DAN PERATURAN-PERATURAN HOTEL PERAK 2024

30 Oktober 2024, Rabu – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menganjurkan sesi libat urus berkaitan pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 dan Peraturan-Peraturan Hotel Perak 2024 bertempat di Auditorium Sri Tanjong, MDTM.

Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM, Encik Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaluddin, Bendahari Negeri, Pejabat Kewangan Negeri Perak, Puan Nur Balqis Hannah binti Mohd Jamil, Penolong Pengarah (Pelancongan), Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Perak. Turut hadir bersama YB Tuan Ustaz Muhammad Zulfadli bin Zainal, ADUN Slim, Encik Muhamad Alif Asyraf, Pegawai khas dari pejabat Parlimen Tanjong Malim, Barisan Ahli-Ahli Majlis MDTM, Setiausaha MDTM, Ketua-Ketua Jabatan MDTM serta wakil-wakil agensi awam setempat.

Sesi libat urus ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pengusaha-pengusaha hotel, rumah tumpangan/rumah pemalaman (homestay), chalet dan tapak perkhemahan yang digunakan sebagai tempat menginap yang berbayar dan pihak berkepentingan mengenai garis panduan serta peraturan baharu yang dilaksanakan. Peraturan ini akan membantu meningkatkan standard operasi dan memberi jaminan kepada pelancong tentang kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Taklimat berkaitan pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 telah disampaikan oleh Puan Nur Balqis Hannah binti Mohd Jamil, Penolong Pengarah (Pelancongan), Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Perak. Talimat Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) disampaikan oleh Encik Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaluddin, Bendahari Negeri, Pejabat Kewangan Negeri Perak. Akhir sekali, pembentangan permohonan lesen perniagaan dan penguatkuasaan disampaikan oleh Puan Hajah Siti Aida binti Haji Rasidi, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan, MDTM.

Semoga dengan pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 dan Peraturan-Peraturan Hotel Perak 2024 dapat menyokong pertumbuhan industri pelancongan secara mampan, seiring dengan aspirasi negeri Perak untuk menjadi destinasi pelancongan unggul.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 19/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286956