Jumaat, 14 Februari 2025 - Majlis Daerah Tanjong Malim telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Agen Jualan Kupon Digital bertempat di Auditorium Sri Tanjung MDTM. Taklimat permohonan agen dan kaedah jualan kupon digital melalui aplikasi Park@Perak telah disampaikan oleh Encik Ts Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat MDTM.
Perkhidmatan jualan kupon digital oleh agen kupon digital diperlukan bagi memudahkan rakyat yang tidak mempunyai atau bermasalah dengan penggunaan aplikasi Park@Perak. Individu yang berminat untuk menjadi agen jualan kupon digital boleh membuat permohonan melalui aplikasi Park@Perak mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.