Sempena Program Madani Rakyat 2025 Perak yang telah berlangsung bermula 13-15 Jun 2025 bertempat di Lumut Waterfront, Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MDTM antara salah satu dari 6 agensi kerajaan dalam Negeri Perak yang telah dianugerahkan Sijil Penghargaan bagi inisiatif MUALLIM SPEED LANE (MSL) di bawah Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) oleh Kerajaan Negeri Perak dan Malaysian Productivity Corporation (MPC) dan telah disampaikan sendiri oleh Ybhg. Ketua Setiausaha Negera (KSN).
MUALLIM SPEED LANE merupakan salah satu kaedah “Ease of Doing Business” dalam memudahcara proses pelaburan di dalam Daerah Muallim. Ianya satu proses pemajuan yang dilaksanakan secara pantas dan cepat bermula daripada sebelum kelulusan sehingga bangunan siap di tapak melalui gabungan prosess peringkat kelulusan pelan, pembinaan di tapak, CCC, lesen pengoperasian dan insentif kerajaan kepada pelabur.
Inisiatif ini diperkenalkan bagi membolehkan interaksi yang berkesan di antara pelabur/pemilik projek dan Majlis Daerah Tanjong Malim untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan dan akhirnya pengeluaran produk dapat dikeluarkan mengikut garismasa yang telah ditetapkan.
Impak dari perlaksanaan MUALLIM SPEED LANE ini, tempoh pembinaan berjaya dipendekkan daripada 18-24 bulan kepada hanya 9-10 bulan dan menjana pelaburan masuk ke Daerah Muallim untuk sektor industri mencecah RM286 juta untuk tempoh September 2023-Mei 2025.
Fasilitasi awalan (pre-consult) & permohonan pelan pemajuan diluluskan hanya mengambil masa selama 20-30 hari untuk diluluskan / perakukan yang mana sebelum ini melebihi 50 hari. Kerja awal di tapak boleh dilaksanakan beserta pemantauan projek serta projek boleh disiapkan dalam tempoh yang singkat (kurang 12 bulan) serta CCC dan lesen operasi hanya mengambil masa 24 jam untuk diproses.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dari awal hingga kini khususnya kepada agensi-agensi teknikal, pelabur, vendor-vendor yang sentiasa memberikan kerjasama yang sangat erat serta mengwar-warkan inisiatif ini.