PROGRAM MEMASAK DODOL SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MDTM 2026
Tanjong Malim, 17 Mac 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim (KESAN) telah menganjurkan Program Memasak Dodol bersempena persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Program ini turut disertai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, serta Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, bersama warga kerja MDTM yang bergotong-royong menyediakan dodol secara tradisional sambil mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama.
Program ini merupakan antara inisiatif KESAN dalam menyemarakkan budaya kekeluargaan dan kebajikan dalam kalangan kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.







