3 Sept. 2024 (Selasa) - Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan dan Rekrasi, MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM dan rakan strategik agropelancongan Daerah Muallim Muallim Hortigard & Nursery sedang berada di Taman Tasik YDP, Slim River pada waktu ini untuk sama-sama memeriahkan Program Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM.Inc) Dan Hari Ladang Pejabat Pertanian Daerah Muallim Tahun 2024.
Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak.