Pada 3 April 2024 (Rabu) Yang Dipertua,MDTM bersama Setiausaha, MDTM dan juga wakil dari Jabatan Khidmat Pengurusan, MDTM melalui Program Jalinan Kasih telah menyantuni pesara-pesara yang pernah berkhidmat di Majlis Daerah Tanjong Malim. Seramai 10 orang pesara telah terpilih bagi menerima sumbangan Aidilfitri daripada Yang Dipertua, MDTM sebagai tanda ingatan dan keprihatinan jabatan kepada pesara-pesara yang pernah menabur bakti di MDTM.