10 Jun 2025 (Selasa), Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim (KESAN) telah mengadakan Program Ibadah Korban bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M bertempat di perkarangan MDTM.
Sebanyak 2 ekor lembu (korban) dan 1 ekor kambing (aqiqah) telah dikorbankan pada hari tersebut. Program ini telah disertai oleh Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MDTM.
Program ini juga telah disempurnakan oleh Tuan Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM. Beliau telah menyampaikan agihan daging korban kepada peserta korban dan kakitangan MDTM.
Daging korban ini juga turut diagihkan kepada golongan asnaf di kawasan Daerah Muallim.