Rabu, 19 Februari 2025 - Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat dan Bank Rakyat Tanjong Malim telah menganjurkan Program Back To School bagi Tahun 2025 bertempat di Auditorium Sri Tanjung MDTM. Seramai 60 kakitangan MDTM berjawatan Gred 1 telah menerima bantuan persekolahan berupa wang tunai berjumlah RM150.00 seorang.
Turut hadir sama menyampaikan bantuan adalah Yang Dipertua MDTM, Eksekutif Yayasan Bank Rakyat dan Pengurus Cawangan Bank Rakyat Tanjong Malim.