Pasukan Ey-Ris MDTM telah menyertai pusingan awal untuk layak ke peringkat akhir pertandingan ini yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong bermula 20 November 2024 sehingga 22 November 2024. Pasukan Ey-Ris telah membentangkan produk inovasi yang dinamakan 'C-DAi' iaitu alat bantuan untuk menggantung dan menurunkan banting promosi atau bendera pada hari tersebut. YBrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM turut hadir memberi sokongan pada hari sesi pembentangan. Selamat maju jaya!!!