Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PEMBERIAN INSENTIF BAZAR RAMADAN LESTARI KEPADA PENIAGA BAZAR

1 April 2024 (Isnin) – Pemberian Insentif Bazar Ramadhan Lestari telah berlangsung dengan jayanya di Bazar Ramadan Bandar Behrang 2020 . Pemberian Insentif ini adalah inisiatif Program Bazar Ramadan Lestari iaitu satu usaha Kerajaan Negeri Perak melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengurangkan penggunaan polisterin dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik bukan sekali guna dan digantikan dengan bekas makanan yang ‘biodegradable’ Dan mesra alam sekitar dikalangan rakyat Malaysia khususnya di Daerah Muallim demi menjamin kelestarian alam sekitar.

Pemberian Insentif Bazar Ramadhan Lestari 2024 telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM. Turut hadir dalam program tersebut Setiausaha MDTM, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Muallim dan Ketua Jabatan MDTM.

Program Bazar Ramadan Lestari ini telah dikuatkuasakan bermula 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadan 1445H 2023 mendapat sambutan yang baik di kalangan peniaga bazar. Penerimaan ini dapat dilihat semasa penjurian dijalankan di semua bazar dimana terdapat peniaga yang membungkus makanan menggunakan bekas makanan diperbuat dari kertas/ kotak. Antara aspek penjurian lain adalah peniaga perlu menyediakan tong sampah, memakai apron dan kasut bertutup.

Hasil tinjuan dan penjurian sepanjang penjualan di kesemua bazar Ramadan, lima (5) orang peniaga bazar telah terpilih untuk menerima Insentif Bazar Ramadan Lestari. Setiap peniaga menerima hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan dan cenderahati.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961