28 September 2024 - MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM telah menganjurkan program Muallim Hari Tanpa Kenderaan X Hari Cuci Malaysia di perkarangan Dataran RM Idris (Pusat Bandar Tanjong Malim). Muallim Hari Tanpa Kenderaan Bil.2/2024 ini bertemakan 'Jiwa Merdeka' selaras dengan Tema Hari Kebangsaan 2024. Manakala, Hari Cuci Malaysia pula merupakan program pembersihan mega serentak seluruh Malaysia sempena World Cleanup Day 2024.
Yang Berhormat Puan Salina Samsudin dan Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim telah menyempurnakan pelancaran gimik Hari Cuci Malaysia Peringkat Daerah Muallim. Turut hadir bersama adalah Barisan Ahli Majlis MDTM, Ketua-ketua Jabatan Agensi Awam setempat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tetamu jemputan.
Pelbagai pengisian/aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung, antaranya Pertandingan Bakat Cilik: Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Kolum Merdeka, Pertandingan Hiasan Payung Merdeka, Pertandingan Tarik Tali, Pameran Khas: Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Daerah Muallim 2035, Pameran Lubuk Salak Action Park, Persembahan Silat, Senam Aerobik, Mini Games, Plogging dan Pembersihan Pusat Bandar (melibatkan Pasar Awam/Pasar Malam) dan lain-lain.
Sealin itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan Aiskrim Malaysia dan Kuih Lapis edis khas 'Merdeka' dimana ianya bercirikan warna jalur gemilang.
Terima kasih kepada agensi-agensi dan komuniti yang terlibat bagi menjayakan program ini dengan jayanya. Sokongan daripada semua pihak perlu bagi mencapai objektif pelaksanaan program.