MAJLIS AMANAT TAHUN 2026 PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK
Ipoh, 7 April 2026 – Majlis Amanat Tahun 2026 dan Majlis Apresiasi Bersama Agensi telah berlangsung dengan jayanya di Galasa Caldwell hari ini.
Program yang dianjurkan oleh YB. Sandrea Ng Shy Ching, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, menghimpunkan pelbagai agensi dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik serta menghargai komitmen semua pihak dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Dalam amanatnya, beliau turut menekankan kepentingan menilai keberkesanan perkhidmatan bukan sahaja melalui bacaan dan statistik, tetapi juga melalui pengalaman sebenar rakyat seperti yang digariskan oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan semasa Perak Leadership Retreat di Melaka.
Majlis ini menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat bagi tahun 2026 di samping mengiktiraf sumbangan serta dedikasi agensi-agensi yang terlibat dalam memperkasakan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, YB turut menekankan penggunaan teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam budaya kerja bagi mempercepat dan memodenkan proses kerja agar penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan secara lebih bersasar dan tepat kepada masyarakat.





