10 Jun 2025 (Selasa) - Lawatan ini telah disertai oleh Tuan Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Clr. En. Subramaniam a/l M. Applanaidoo Area Officer bersama Pegawai Penyelaras Zon A5, wakil Penduduk Taman Wangsa Setia, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan, Ketua Jabatan Kejuruteraan, Ketua Jabatan Penguatkuasaan, Ketua Unit OSC dan wakil Jabatan MDTM yang berkenaan telah bersama-sama turun padang bagi meninjau permasalahan di kawasan tersebut.