Selasa, 15 Julai 2025 - MDTM mengadakan lawatan penanda aras berkaitan inisiatif MyKiosk yang telah dilaksanakan oleh MPTI. Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM. Ahli-Ahli Majlis MDTM serta beberapa Pegawai MDTM juga telah turut serta dalam lawatan ini. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan serta perkongsian maklumat berkaitan aspek pengurusan, pelaksanaan dan keberkesanan program MyKiosk yang boleh dijadikan rujukan serta panduan dalam merangka pelaksanaan inisiatif seumpamanya di kawasan pentadbiran MDTM.