Khamis, 25 Julai 2024, Ybrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menerima lawatan kunjung hormat dan penandaarasan pelaksanaan inisiatif baharu penambahbaikan proses dan prosedur OSC 3.0 Plus daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Semasa lawatan, delegasi Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) telah didedahkan dengan pengalaman Majlis dalam melaksanakan proses Industrial Green Lane (IGL) dan penubuhan Unit My Mudah (Muallim Speed Lane (M-SL)). Tempoh tiga jam lawatan telah berjaya diisi dengan saling bertukar maklumat dan pandangan berkenaan perkara-perkara baharu dan best practice skop kerja perkhidmatan perbandaran di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.