6 Mei 2024 (Isnin) MDTM telah dikunjungi oleh delegasi seramai 40 orang peserta yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Faridah Giau, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah serta Yang Berusaha Puan Nor Suzana Ab Hamid Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT, Yang Berusaha Puan Salwa Pauzi Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Yang Berusaha Encik Abg Iskandar Bolhassan Abg Mohamad Ariff Ketua Bahagian Unit Kewangan, Yang Berusaha Encik Mohammad Muhaimin Samsuddin Pemangku Ketua Bahagian Teknologi Maklumat Dewan Bandaraya Kuching Utara. Delegasi ini disambut oleh Yang Dipertua, Setiausaha dan Ketua-Ketua Jabatan MDTM.