Pada 21 November 2024 (Khamis), CIDB Holdings telah menganjurkan Kursus Traffic Management Supervisor (TMS) yang dihadiri seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan MDTM dan kontraktor -kontraktor sekitar Muallim.Kursus ini telah diadakan di Auditorium Sri Tanjong, MDTM .
Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Wan Lokman bin Zainal Abidin, seorang trainer bertauliah dari CIDB Holdings.
Kursus dimulakan dengan ucapan aluan oleh penceramah, diikuti dengan sesi pembelajaran interaktif dan perkongsian ilmu berkaitan pengurusan trafik yang berkesan. Para peserta turut diberikan pendedahan mengenai prosedur keselamatan jalan raya serta teknik-teknik pengurusan trafik yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dengan lebih profesional dan efisien.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengendalikan situasi trafik dengan lebih berkesan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Kursus seperti ini berjaya mencapai objektifnya dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten serta menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dan keselamatan di Malaysia.