Pada 18 November 2024 (Isnin), MDTM telah mengadakan kunjungan hormat daripada Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan MDTM yang mana diketuai oleh YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha mewakili Yang Dipertua MDTM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IPD Muallim.
Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada YDH Supt Mohd Hasni Bin Mohd Nasir, Ketua Polis Daerah Muallim dan diikuti dengan ucapan oleh YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM. Dalam masa yang sama sesi pembentangan statistik oleh Ketua-Ketua Bahagian IPD Muallim serta sesi dialog dan ramah mesra untuk berbincang isu-isu jenayah dan keselamatan turut diadakan. Ini bertujuan dapat mengeratkan lagi hubungan antara agensi dalam daerah Muallim.
Program seperti ini berjaya mencapai objektifnya untuk menjalinkan kerjasama erat antara PDRM dan MDTM serta menjadi platform perkongsian pandangan untuk kebaikan komuniti.