KHAMIS, 20 Jun 2024, MDTM telah mengadakan Kunjungan Hormat Ahli Majlis MDTM kepada YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, DPMP., AMK., PPT., Orang Besar Jajahan Daerah Muallim. Delegasi dari MDTM ini telah diketuai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Barisan Ahli Majlis MDTM dan Ketua-Ketua Jabatan MDTM. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk menjalin perhubungan yang lebih erat serta berkongsi pendapat dan pengalaman bagi meningkatkan lagi mutu tadbir urus jabatan.