Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

HyPERactor HIDROGEN NMB BEKALKAN TENAGA BERSIH KE KAMPUNG ORANG ASLI

18 JULAI 2025 (JUMAAT) Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim Tuan Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman A.M.P telah menghadiri Majlis Pelancaran Elektrifikasi Lestari melalui Reaktor Hidrogen Pepejal (HyPERactor) yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Chang Lih Kang , Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), bertempat di Kampung Orang Asli Pos Tibang.

Projek ini membuka lembaran baharu buat komuniti Orang Asli apabila tenaga elektrik bersih dan mampan mula disalurkan menggunakan teknologi HyPERactor iaitu reaktor hidrogen pepejal yang inovatif dan mesra alam.

Syabas kepada MOSTI, NanoMalaysia Berhad dan rakan pelaksana atas usaha membawa teknologi hijau terus ke pedalaman. Ini bukan sekadar pencahayaan, tapi satu bentuk pemberdayaan.

NanoMalaysia Berhad) (NMB), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), hari ini mencatatkan operasi awam pertama serta penempatan sebenar sistem penjana kuasa luar grid berasaskan hidrogen keadaan pepejal, HyPEReactor, di Perkampungan Orang Asli Tibang, Perak. Pencapaian penting ini menandakan langkah signifikan dalam pengesahan keupayaan sistem tersebut untuk membekalkan tenaga elektrik bersih dan selamat kepada komuniti luar bandar.

Dibangunkan melalui kerjasama NanoCommerce Sdn Bhd dan HyPERTech Industries Sdn Bhd, HyPEReactor menggunakan campuran bahan teknologi nano termaju untuk penjanaan hidrogen berkapasiti tinggi. Hidrogen yang dijana akan ditukar kepada elektrik melalui peranti sel bahan api dan mampu membekalkan kuasa berterusan tanpa pelepasan karbon. Ia sekaligus memastikan penduduk kampung memperolehi akses kepada tenaga bersih dan selamat bagi menyokong perkhidmatan penting dan kehidupan harian mereka.

Dalam membangunkan teknologi ini, Institut Sel Fuel di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memainkan peranan penting sebagai penasihat teknikal dan penyelidikan, khususnya dalam aspek prestasi sel bahan api dan integrasi sistem. Sementara itu, Limpahan Engineering Sdn Bhd terlibat dalam pembangunan teknologi dengan memanfaatkan kepakaran dalam reka bentuk kejuruteraan dan pemfabrikatan sistem. Syarikat ini mengendalikan keseluruhan proses daripada reka bentuk konsep dan pembuatan hingga pemasangan, automasi serta pengujian bagi memastikan penyelesaian yang boleh dipercayai, berkualiti tinggi dan sedia pasaran.

Perkampungan Orang Asli Tibang merupakan tapak pilihan pertama bagi projek ini oleh kerana capaian kepada bekalan elektrik grid stabil yang terhad dan kekerapan gangguan bekalan di kampung-kampung berdekatan. Isu tenaga elektrik ini telah menjejaskan perkhidmatan penting seperti komunikasi, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Dengan pemasangan HyPEReactor di bawah Program Ekonomi MADANI oleh MOSTI, penduduk Perkampungan Orang Asli Tibang dapat menikmati bekalan kuasa yang stabil, senyap dan bersih yang mampu meningkatkan kualiti hidup serta membuka peluang yang lebih baik untuk pembangunan komuniti.

Semoga lebih banyak kampung pedalaman akan menerima manfaat yang sama.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 21/07/25 • Jumlah Pelawat : 21286959