Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ISO 45001:2018

9 Julai 2025 – Audit pensijilan semula bagi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018 telah berjaya dijalankan oleh pihak National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) di Majlis Daerah Tanjong Malim pada 7 hingga 9 Julai 2025.
 
Juruaudit yang diketuai oleh En. Muhammad Zulfadhli Mohd Jamal telah dibantu oleh 2 juruaudit yang lain iaitu Pn. Rosmiza binti Mat Hussin dan Pn. Nurul Hijrah binti Abd Gani telah membuat pengauditan dokumen dan juga aktiviti dilapangan yang melibatkan Arahan Kerja bagi proses penanaman dan penyiraman pokok, penangkapan anjing liar dan haiwan merayau, pemasangan dan penurunan kain rentang/bendera, pengurusan stor bahan kimia dan juga aktiviti semburan kabus.

Hasil penemuan audit, tiada (0) NCR dan hanya mengemukakan tiga (3) cadangan penambahbaikan (Opportunities for Improvement) bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan sistem keselamatan pekerjaan sedia ada.

Pihak pengurusan tertinggi MDTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua warga kerja MDTM atas pematuhan pelaksanaan Sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018. Komitmen ini mencerminkan kesungguhan warga kerja MDTM dan majikan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan professional.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 21/07/25 • Jumlah Pelawat : 21286959