12 Mei 2024 (Ahad) – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah berkesempatan memenuhi jemputan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan juga Loco Cyclist International bagi menyertai acara Kayuh Raya 2024 bersempena Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Edisi Mei 2024 anjuran MBSA. Yang Dipertua MDTM, Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Setiausaha MDTM, Encik Roslan Bin Kamaruzaman serta pegawai dan kakitangan dari Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan Dan Rekreasi MDTM telah bersama-sama menyertai acara kayuhan basikal lipat bertemakan Hari Raya ini dengan jarak 15km bermula dari lokasi utama iaitu di Dataran Shah Alam, Selangor.
Kehadiran pegawai MDTM ke acara ini juga adalah untuk membuat perkongsian bersama pihak MBSA bagi penganjuran Program Muallim Bike Camp: Mencari Tanjong Malim yang akan dianjurkan oleh MDTM dan Loco Cyclist International pada 1-3 Jun 2024 ini. Program Muallim Bike Camp ini merupakan penganjuran buat kali kedua setelah penganjuran pertama kali pada tahun lepas.