Ruj tuan | : | | 15 | Ramadhan | 1431 |
Ruj kami | : | Bil.(13)dlm.MDTM(WARAN)03/10 | 25 | Ogos | 2010 |
KENYATAAN SEBUTHARGA
1. Tawaran adalah di pelawa dari Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan berdaftar dengan Majlis Daerah Tanjong Malim (kelas F sahaja) di dalam kepala dan sub kepala yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja seperti berikut:
NO. SEBUTHARGA | BUTIR-BUTIR TAWARAN | SYARAT PENDAFTARAN | HARGA DOKUMEN |
SH 17/2010 | Cadangan Membina Siarkaki Di Taman Seroja, Slim River. | PKK Kelas E, Kepala i, Sub Kepala 1 yang berdaftar di dalam negeri Perak sahaja. | RM 50.00 |
SH 18/2010 | Cadangan Menaiktaraf Jalan dan Longkang serta Rumah Pam Kawalan Banjir, Tanjong Malim. | PKK Kelas E, Kepala i, Sub Kepala 1, Kepala iv, Sub Kepala 3b yang berdaftar di dalam negeri Perak sahaja. | RM 50.00 |
SH 19/2010 | Cadangan Menaiktaraf Pencahayaan Kawasan Slim River Fasa 1 | PKK Kelas II & III, Kontraktor Elektrik yang berdaftar di dalam negeri Perak sahaja. | RM 30.00 |
SH 20/2010 | Cadangan Menaiktaraf Pencahayaan Kawasan Tanjong Malim Fasa 2 | PKK Kelas II & III, Kontraktor Elektrik yang berdaftar di dalam negeri Perak sahaja. | RM 30.00 |
SH 21/2010 | Cadangan Membina Tempat Menunggu Berbumbung Di Tepi Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River. | PKK Kelas F, Kepala i, Sub Kepala 1, Kepala iv, Sub Kepala 3b yang berdaftar di dalam Daerah Batang Padang sahaja. | RM 30.00 |
SH 22/2010 | Cadangan Menaiktaraf Stesyen Bas Slim River. | PKK Kelas F, Kepala ii, Sub Kepala 8b, Kepala iv, Sub Kepala 3b yang berdaftar di dalam Daerah Batang Padang sahaja. | RM 30.00 |
SH 23/2010 | Cadangan Membina Tandas Awam Behrang Stesyen. | PKK Kelas F, Kepala i, Sub Kepala 1, Kepala ii, Sub Kepala 2a yang berdaftar di dalam Daerah Batang Padang sahaja. | RM 30.00 |
SH 24/2010 | Cadangan Menaiktaraf Jalan Dan Longkang Di Kampung Tersusun, Trolak. | PKK Kelas F, Kepala i, Sub Kepala 1, Kepala iv, Sub Kepala 3b yang berdaftar di dalam Daerah Batang Padang sahaja. | RM 30.00 |
SH 25/2010 | Cadangan Menaiktaraf Jalan dan Longkang Di Kampung Pauh & Kampung Padang. | PKK Kelas F, Kepala i, Sub Kepala 1, Kepala iv, Sub Kepala 3b yang berdaftar di dalam Daerah Batang Padang sahaja. | RM 30.00 |
2. Naskah meja tawaran akan dipamerkan di Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim dari 1 September 2010 hingga 3 September 2010 semasa waktu pejabat.
3. Dokumen tawaran akan dijual mulai 1 September 2010 sehingga 3 September 2010 mengikut waktu pembayaran seperti berikut.
| ISNIN – KHAMIS | | JUMAAT |
Pagi | : 8.15 pagi – 12.45 tengahari | | Pagi | : 8.15 pagi – 12.00 tengahari |
Petang | : 2.15 petang – 4.30 petang | | Petang | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| | | | |
Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tarikh dan waktu dinyatakan ini.
4. Penyebut Harga yang berminat adalah diwajibkan menyertai satu lawatan tapak yang akan diadakan pada 1 September 2010 (Rabu) bertempat di Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim, Behrang 2020, jam 10.00 pagi. Penyebut Harga diwajibkan membawa bersama salinan asal (termasuk satu salinan fotostat) Sijil CIDB, PKK, Sijil Daftar MDTM dan surat wakil (jika berkenaan). Hanya penyebut harga yang berkelayakan sahaja dibenarkan menyertai lawatan tapak.
5. Pembayaran dokumen tawaran hendaklah berbentuk tunai, bank draf atau wang kiriman pos di buat atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanjong Malim. Salinan asal (termasuk satu salinan fotostat) sijil CIDB dan PKK diperlukan semasa mengambil dokumen tawaran. Tawaran hendaklah di buat diatas dokumen tawaran yang diambil daripada Majlis Daerah Tanjong Malim.
6. Dokumen yang telah lengkap di isi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dengan mencatatkan nombor tawaran di penjuru sebelah kiri dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim pada atau sebelum 6 September 2010 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Sebarang tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan akan di tolak.
7. Majlis ini tidak tertakluk untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran tertentu.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
t.t
(AYUB SHADAN BIN ABDUL RANI., AMP., PPT)
Setiausaha,
b.p Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanjong Malim
sk Setiausaha,
Majlis Daerah Tanjong Malim.
“TRANFORMASI KUALITI TERAS 1 MALAYSIA”