Hubungi Kami | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman English | Bahasa Melayu
 
Pilihan Teks : Pilihan Warna : Pilihan Latar Belakang : Panduan W3C :
    MENU
 
JABATAN   

 

JABATAN

Senarai Bahagian

Yang Di Pertua dan Setiausaha

Jawatan Nama
Yang Di Pertua
    En.Mohamad Fariz B.Mohamad Hanip
Setiausaha
    Encik Ayub Shadan Bin Abdul Rani , AMP , PPT.

Majlis Daerah Tanjong Malim disokong oleh 10 bahagian yang ditugaskan untuk menggerakkan matlamat dan objektif Majlis Daerah Tanjong Malim serta melaksanakan dasar-dasar yang sedia ada. Setiap bahagian mempunyai fungsi masing-masing bagi merealisasikan wawasan M.D.T.M. Ketua-ketua bahagian bertanggungjawab untuk memastikan fungsi-fungsi tersebut dilaksanakan dengan adil dan saksama berdasarkan Akta-akta dan Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan.

  • Bahagian Perlesenan
    Fungsi Bahagian:-
    • Melaksanakan pemakaian Akta / Undang-Undang Kecil / Dasar-dasar yang berkaitan Bahagian Pelesenan dan memastikan pelaksanaan undang-undang / Dasar-dasar tersebut dipatuhi.
    • Mengawal dan memantau pengeluaran lesen, pemilik lesen, aktiviti-aktiviti perniagaan dan premis perniagaan
    • Menyiasat aduan-aduan berkaitan Bahagian Pelesenan dan mengambil tindakan yang bersesuian terhadap aduan-aduan tersebut.
    • Menyediakan laporan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan Bahagian Pelesenan.
    • Memberikan khidmat nasihat dan informasi terkini kepada pelanggan berkaitan urusan Bahagian Pelesenan.
    • Memastikan segala pengeluaran lesen / Permit Perniagaan adalah telus, jujur, adil dan seimbang dengan keperluan semasa.


    Aktiviti Bahagian:-
    • Memproses Permohonan Lesen Premis dan Iklan Perniagaan.
    • Memproses Permohonan Lesen Penjaja.
    • Memproses Permohonan Lesen Premis Hiburan.
    • Memproses Permohonan Lesen Papan Iklan
    • Memproses Permohonan Lesen Pasar Awam dan Harta Majlis.
    • Memproses Permit Kain Rentang dan Banting.
    • Memproses Permohonan Permit Sementara Pasar Lambak / Pasar Malam dan Pekan Sehari.
    • Memproses Permohonan Permit Perniagaan Sementara Ekspo / Jualan Bermusim dan Jualan Sementara.
    • Memproses Permohonan Permit Meletakkan Meja Makan Diluar Premis Perniagaan.
    • Memproses Permohonan Pengeluaran Deposit Yang Berkaitan Bahagian Pelesenan.
    • Memproses Permohonan Pertukaran Alamat Perniagaan / Kediaman.
    • Memproses Permohonan Tambahan Jenis Perniagaan / Pembatalan Lesen Perniagaan.
    • Memproses Pemohonan Rayuan Lesen / Permit Perniagaan
    • Memproses Pembaharuan Lesen / Permit Perniagaan.
     
  • Bahagian Penilaian
  • Fungsi Bahagian:-
    • Menjalankan penilaian untuk maksud cukai taksiran
    • Menjalankan penilaian semula.
    • Pengendalian permohonan elaun kekosongan / rebate.
    • Memproses permohonan pindah milik dan pertukaran alamat.
     
  • Bahagian Kewangan
  • Fungsi Bahagian:-
    • Membuat kutipan hasil Majlis dan menyediakan laporan hasil Majlis.
    • Memantau tunggakan hasil dan menyediakan laporan tunggakan hasil Majlis.
    • Menyediakan laporan perbelanjaan bulanan dan menguruskan perbelanjaan Majlis.
    • Menyediakan laporan perbelanjaan bulanan dan menguruskan perbelanjaan Majlis.
    • Menguruskan pembayaran gaji dan elaun-elaun kakitangan dan Ahli Majlis
    • Menyediakan belanjawan Majlis.
    • Menguruskan sewaan premis dan harta Majlis.
     
  • Bahagian Pentadbiran
  • Fungsi Bahagian:-
    • Mengurus serta menyelaras perlantikan kakitangan, pencen, pengesahan jawatan dan tatatertib juga menyediakan dan melengkapkan panel gaji serta laporan pengistiharaan harta kakitangan.
    • Mengurus menyelia serta mengemaskini rekod-rekod perkhidmatan, data personal, persaraan, cuti, tuntutan insuran kakitangan dan sebagainya yang berkaitan dengan perjawatan.
    • Menjalankan program dan jadual latihan kakitangan seperti yang telah dijadualkan, menyusun kursus induksi dan peperiksaan kakitangan.
    • Mengurus penyewaan dewan, padang dan peralatan Majlis.
    • Memantau harta-harta sewaan Majlis dan membuat cadangan nilaian semula bagi menambah hasil Majlis.
     
  • Bahagian Perancangan Bandar dan Desa
  • Fungsi Bahagian:-
    • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perancang Bandar dan Desa.
    • Menyediakan ulasan permohonan tanah.
    • Menyediakan ulasan fail-fail bangunan.
    • Menyediakan ulasan penukaran syarat tanah.


    Aktiviti Bahagian:-
    • Memproses Permohonan Susunatur.
    • Memproses Pelan Pita Ukur.
    • Memproses Permohonan Kebenaran Merancang.
    • Memproses Permohonan Penamaan Skim.
    • Memproses Permohonan Penamaan Jalan.
    • Memproses Permohonan Landskap.
     

 

Bookmark and Share

Pages: 1  2  

 
    DAFTAR MASUK
     HUBUNGI KAMI
Majlis Daerah Tanjong Malim,
Peti Surat 59,
Bandar Behrang 2020,
35900 Tanjong Malim
Perak

Tel : 05-4563410/20
Fax : 05-4563430/440
E-mail :mdtmalim@mdtm.gov.my

Klik DI SINI untuk Direktori Pegawai
    PERKHIDMATAN ONLINE