Kami berjanji untuk bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke arah menjadikan Tanjong Malim sebuah Bandar yang bersih, indah, teratur, maju dan dinamik. Janji-janji kami adalah :-
- Mengutamakan layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan kami. (Konsep Bersedia Mendengar)
- Bersedia untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan asas di semua kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Tanjong Malim. (Konsep Prihatin Keperluan)
- Cukai Taksiran yang kami kenakan adalah adil, berpatutan dan mampu anda bayar. (Konsep Keadilan)
- Meluluskan permohonan pembinaan rumah persendirian dalam tempoh tiga puluh (30) hari dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap. (Konsep Proaktif)
- Meluluskan permohonan lesen perniagaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penghantaran barang. (Konsep Efektif)
- Pungutan sampah akan dibuat tiga (3) kali seminggu pada waktu dan hari yang telah ditetapkan dengan cekap. (Konsep Tanggungjawab)