Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Segala puji dan kesyukuran terhadap Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Majlis Daerah Tanjong Malim telah dapat menghasilkan sebuah Laman Web Rasmi yang penuh dengan maklumat dan informasi terkini.
Saya bagi pihak seluruh warga MDTM mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari serta mengalu-alukan kehadiran para pengunjung Laman Web ini dan diharapkan agar maklumat-maklumat yang dipaparkan di dalam Laman Web ini dapat memberikan manfaat dan panduan berguna kepada para pengunjung.
Saya menaruh harapan dan bersedia menerima sebarang cadangan serta komen terhadap Laman Web ini atau kepada Majlis Daerah Tanjong Malim yang boleh dikemukakan pada ruang yang telah disediakan menerusi Laman Web ini.
Sekian terima kasih.
EN. MOHAMAD FARIZ BIN MOHAMAD HANIP
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim