MENU

Kupon Letak Kereta :-

  • Kupon letak kereta mula digunakan dan berkuatkuasa pada 1 /Jun/2006 di seluruh kawasan kawalan MDTM. Sistem letak kereta berkupon ini telah menggantikan system letak kereta bertiket yang telah digunakan sebelum ini.
  • Kupon-kupon letak kereta ini boleh di dapati daripada agen-agen jualan yang telah dilantik oleh MDTM di kawasan Tanjong Malim dan Slim River pada harga RM 2.00 untuk satu buku yang mempunyai 5 keping kupon untuk tempoh lima jam, dimana 1 keping adalah sah digunakan untuk tempoh satu jam sahaja.
  • Sila pastikan anda telah menggores dan mempamerkan kupon letak kereta di papan pemuka kenderaan anda.

Panduan :-

  • Sila goreskan 5 bahagian pada Tahun, Bulan, Hari, Jam dan Minit, waktu mula penggunaan, kemudian pamerkan di atas `Dashboard' kenderaan anda.
  • Jika lebih dari satu kupon dipamerkan untuk satu jangkamasa, maka masa bagi kupon kedua dikira dari berakhirnya masa kupon pertama.
  • Kesilapan menggores kupon ini di anggap batal dan boleh dikompaun .

Jenis - Jenis Kesalahan Meletak Kenderaan Yang Boleh Dikompaun :­

  • Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis semasa meletak kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon.
  • Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempoh yang dibenarkan.
  • Mempamerkn kupon letak kereta di dalam keadaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenalpasti atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa semasa menjalankan pemeriksaan.
  • Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul. Meletak kenderaan bermotor di luar dari petak letak kereta di tempat letak kereta.
  • Menghalang petak letak kereta. Kenderaan bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalulintas.
  • Berniaga di tempat letak kereta.
  • Meletak kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba.
  • Meletak kenderaan bermotor di kawasan kaki lima.
  • Meletak kenderaan bermotor ditempat letak kereta bermusim tanpa pas bermusim yang sah.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 November 2017 - 11:41am