MENU

 Peringatan Penting !!!

Peringatan Penting Untuk Anda

1. Jika anda membeli rumah/bangunan/tanah kosong:

Semak dulu dengan MDTM bagi memuaskan tunggakan cukai taksiran am pegangan tersebut telah dibayar.

2. Jika anda telah menukar milik /menjual/membeli/mewariskan rumah/bangunan/tanah kosong:

Beritahu kepada MDTM dengan mengisikan Borang I (Notis jualan/pindah milik,Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976) dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan.Jika gagal,pihak MDTM boleh mengenakan kompaun.

3. Jika rumah/bangunan milik anda diroboh,terbakar atau terbiar :

Tulis surat rasmi kepada MDTM memberitahu tentang rumah keadaan rumah/bangunan anda untuk memastikan ia dikeluarkan daripada senarai nilaian.

4. Tindakan Penguatkuasaan :

Majlis Daerah Tanjong Malim akan menjalankan tindakan penguatkuasaan memungut tunggakan sepanjang tahun. Pemilik/penghuni/penyewa yang menerima notis (Borang E) atau makluman Peringatan ,hendaklah menjelaskan bayaran dengan segera sebelum tindakan penguatkuasaan sampai ke rumah/premis anda.

Cukai Taksiran ditentukan berdasarkan beberapa peratus daripada Nilai Tahunan pegangan tersebut.Nilai Tahunan ialah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahundari harta jika disewakan.

Contoh :          Sewa sebulan             RM    350.00

                        Setahun                      X               12

                        NILAI TAHUNAN          RM 4,200.00       

Kadar peratus ialah kadar yang ditetapkan oleh MDTM pada setiap tahun dengan kelulusan Kerajaan Negeri.

Contoh kiraan Cukai Taksiran :

NILAI TAHUNAN HARTA                     RM 4,200.00

Kadar Peratus (Kediaman)                 X          8.5%         

Cukai Taksiran                                    RM    357.00 Setahun.

Bagi tanah kosong pula, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 4.5% daripada nilai pasaran tanah tersebut.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 17 Ogos 2017 - 3:03pm