MENU

2. TINDAKAN JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN AM

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,anda akan dikenakan tindakan seperti berikut:

Notis E ( Notis Supaya Menjelaskan Tunggakan kadar,Seksyen   148,Akta Kerajaan Tempatan 1976 ) akan dikeluarkan. Anda akan  dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari dari tarikh notis   dipos/diserahkan.Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan ,   maun tunggakan yang perlu dibayar bersama kos proses akan dituntut di bawah   kuasa-kuasa yang terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kadar Bayaran Notis E adalah seperti berikut:

AMAUN TUNGGAKAN

BAYARAN NOTIS

 Sehingga RM 200.00

RM 20.00

 Melebihi RM 200.00

RM 30.00

Jika masih gagal menjelaskan tunggakan,waran tahanan akan dikeluarkan. Waran ini membolehkan

Pegawai MDTM yang diberi kuasa :-

  • Merampas ( mensita ) harta alih yang ada di dalam bangunan
  • Menutup bangunan daripada menjalankan operasinya ( Seksyen 148 )
  • Melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi ( Seksyen 151 )

Kos tahanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

AMAUN TUNGGAKAN

BAYARAN WARAN

 Sehingga RM 1,000.00

 RM 150.00

 Melebihi RM 1,000.00

 RM 300.00


Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MDTM bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut:

  • Kelulusan pelan bangunan.
  • Kelulusan pelan susun atur.
  • Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut.
  • Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan.
     
Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017 - 12:13pm