MENU

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

1. Latar belakang

 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas pembasmian kemiskinan di bandar selepas penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004. Sebelum ini, tugas ini adalah di bawah bidang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Penyerahan fungsi ini juga termasuk pengukuhan kapisiti (capicity building) di pihak KPKT sendiri dan dipanjangkan pula kepada Pihak Berkuasa Tempatan khususnya sebagai agensi pelaksana bagi kementerian ini.

  Kerajaan telah mensasarkan untuk membasmi golongan miskin tegar menjelang tahun 2005 dan kemiskinan secara keseluruhannya dalam tempoh lima tahun, tanpa mengira kumpulan etnik. Harapan pihak kerajaan agar kawasan bandar tidak akan mempunyai penduduk miskin menjelang tahun 2009.

(Petikan Teks Ucapan YB Dato' Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Majlis Perasmian Kursus Capacity Building Program Pembasmian Kemiskinan Bandar KPKT 30 Nov. 2004).

Usaha pembasmian kemiskinan di kawasan bandar difokus dan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan petempatan dan kelompok-kelompok miskin yang masih wujud di kawasan-kawasan bandar seperti perkampungan setinggan, kawasan perumahan kos rendah, kawasan kampung baru dan kawasan kampung tradisonal.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 20 November 2017 - 12:38pm