MENU

 

PENDAHULUAN

Bandar Belia adalah cetusan idea Oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak hasil daripada perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS)

Pihak kerajaan telah memperuntukkan RM 100 juta untuk membiayai 3 projek perintis 1Malaysia Youth City di Sabah, Serawak dan Semenanjung dalam Bajet 2014, bagi mewujudkan satu ekosistem komprehensif yang disertai oleh belia. 

1Malaysia Youth City merupakan pembangunan berintegrasi yang memberi peluang kepada golongan belia untuk memajukan diri dalam alam pekerjaan dan keusahawanan serta membolehkan mereka meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri, di samping dapat menikmati hidup secara sejahtera dengan kemudahan rekreasi, perumahan mampu milik, pengangkutan dan persekitaran yang harmoni. 

 

MATLAMAT

  • 1MYC adalah pembangunan yang inklusif dengan kepelbagaian objektif perancangan berdasarkan aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar yang membolehkan setiap segmen dimanfaatkanuntuk masyarakat berasaskan kepada kemakmuran dan pertumbuhan negara serta peluang daripada sumber-sumber dan perkhidmatan daripada bandar.
  • 1MYC menyediakan ekosistem yang komprehensif untuk belia bagi meningkatkan keupayaan dan kemajuan belia dalam pekerjaan, perniagaan dan keusahawanans elain menikmati kemudahan perumahan, rekreasi dan sukan.
  • 1MYCadalah pembangunan berdasarkan kepada permintaan (demand) belia yang didorong dengan pembangunan yang disesuaikan dengan keperluan, aspirasi dan gaya hidup generasi muda.

 

OBJEKTIF

  1. Mengurangkan kadar penghijrahan belia dari luar bandar ke bandar besar.
  2. Memberi peluang kepada golongan belia agar dapat meningkatkan taraf hidup dan pembangunan di kawasan separa bandar serta sekali gus dapat menjadikan kawasan tersebut sebagai hub bandar belia.
  3. Menarik lebih banyak pelabur dan pemaju perumahan untuk membina rumah dan pusat perniagaan mampu milik oleh golongan belia.
  4. Meningkatkan lagi aktiviti pelancongan dan jumlah pelancong ke kawasan separa bandar kerana para pelancong pasti akan tertarik untuk ke sesuatu tempat yang dipenuhi dengan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh belia. 
  5. Mengimbangi  peningkatan kos sara hidup terutama kepada belia luar bandar dengan kewujudan bandar belia. 

RISALAH 1MYC TANJONG MALIM 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Disember 2017 - 4:00pm