MENU

 

RESTORAN VILLAGE TOM YAM SEAFOOD 

Restoran Village Tom Yam Seafood adalah Restoran Thai Halal yang baru dibuka di Tanjung Malim. Walaupun dimiliki oleh seorang lelaki Cina, restoran itu telah memperoleh status Halal dan semua chef dan pekerja dari Kelantan dan Patani, Thailand. Restoran ini terletak di kawasan perumahan baru Taman Universiti yang terletak betul-betul di sebelah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

 

GERAI AMAN GADO-GADO

Terletak di kawasan medan selera MDTM berhadapan dengan balai polis memudah kan pengguna pergi ke restoran ‘Aman Gado-Gado' ketika berada di Tanjong Malim.  Menu tarikan utama di kedai ini adalah gado-gado dan air jagungnya yang lemak berkrim.

 

 

 

SARANG ART HUB

Sarang Art Hub ini terletak di tapak Rumah Rehat Tanjong Malim yang berhampiran dengan KFC dan Pizza Hut Tanjong Malim. Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2015. Kedai makan ini masih mengekalkan konsep rumah rehat serta  susun atur dalaman kedai ini, memang unik dan berseni.

 

 

CAPE CAFE

Cape Cafe menyediakan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan paling menarik adalah semua menunya hanya berharga RM1.70 semangkuk. Ianya sesuai untuk semua lapisan masyarakat menikmati pelbagai jenis hidangan makanan.

 

 

RESTORAN GH CORNER 

GH Corner ini terletak di Jalan Wawasan Dagangan, Bandar Behrang 2020, Tanjong Malim. Berhampiran Majlis Daerah Tanjung Malim dan Bandar Behrang 2020 tu. Restoran ini menyediakan makanan Western yang sedap dengan harga yang murah.

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 22 Mei 2018 - 12:05pm