MENU

Restoran

 

RESTORAN PAU YIK MUN

‘Restoran Pau Yik Mun' telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan iamerupakan kedai pau yang sangat terkenal di Tanjong Malim. Menyediakan pau yang lembut, roti bakar, mee hainan dan ‘chicken Chop' nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata Malaysia.

 

 


 

GERAI AMAN GADO-GADO

Terletak di kawasan medan selera MDTM berhadapan dengan balai polis memudah kan pengguna pergi ke restoran ‘Aman Gado-Gado' ketika berada di Tanjong Malim.  Menu tarikan utama di kedai ini adalah gado-gado dan air jagungnya yang lemak berkrim.

 

 


 

GERAI NASI LEMAK HAJI DIN

Gerai yang terletak di medan selera Tanjong Malim. Gerai ini sememangnya sinonim dengan nasi lemak asli orang melayu. Nasi lemaknya yang mempunyai sambal yang unik dan tidak terlalu pedas menarik minat bukan sahaja orang melayu, tetapi kaum-kaum lain.

 

 


 

RESTORAN EASY CAFE

Easy Cafe Restoran, menyediakan hidangan makanan barat. Tempat makan yang berhawa dingin dan suasananya yang tenang serta hiasan dalaman yang ala-barat merupakan antara daya penarik restoran ini. PerkhidmatanWIFI secara percuma juga disediakan khas untuk pelanggan-pelanggannya.

 

 


 

RESTORAN GARDEN SEAFOOD

Garden Seafood Restoran merupakan sebuah restoran yang sering menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan masakan laut yang sangat lazat. Restoran Garden Seafood ini kerana lokasinya amat strategik sekali dan ruang makan yang disediakan juga amat bersih dan mempunyai dekorasi yang amat cantik.

 


 

RESTORAN BERIANI GAM PRIMA

Terletak di Tanjong Malim. Lokasinye ialah jika ikut jalan lama nak ke Tanjong Malim dari arah utara ataupun kalau ikut lebuhraya anda keluar di tol Behrang. Lebih kurang 2 kilometer sebelum tiba ke pekan Tanjong Malim anda akan nampak sederet bangunan kedai di sebelah kiri jalan yang ada pasaraya Billion.

 

 


Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Disember 2017 - 4:00pm