MENU

Taman Tasik Embayu

Tasek Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang terkenal di Tanjong Malim. Taman Tasik Embayu terletak di kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini. Taman Tasik Embayu terletak di lokasi Bandar Proton. Ia merupakan tasik buatan dan dilengkapi dengan perbagai kemudahan yang moden dan terkini untuk kemudahan rekreasi pengunjung. Ditaman tasik ini juga telah disediakan pelbagai kemudahan rekreasi untuk kemudahan semua golongan .Disini juga terdapat kedai-kedai makan, runcit, klinik dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti juga telah diadakan disini seperti pertandingan "Futsall",Paint Ball" dan "Eco Challenge" yang telah menarik minat masyarakat sekitarnya.
 
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI TASIK EMBAYU PROTON

  • Terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa.
  • Keindahan flora dan fauna dapat dirasai di tasik.
  • Permandangan yang indah serta hampir dengan bukit-bukau yang menhijau.

KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DI TASIK EMBAYU PROTON

Berminat?? Kunjungilah ke Tasik Embayu Proton City untuk menikmati keindahan tasik buatan manusia ini sambil bersenam di tapak rekreasi yang disediakan disini atau untuk maklumat lanjut, layarilah laman sesawang PROTON CITY.

Masjid Di Proton City

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 23 Jun 2017 - 12:14pm