MENU

Kolam Air Panas Ulu Slim

Pengunjung-pengunjung yang datang ke kolam ini kebanyakannya gemar merebus telur dan merendamkan kaki kedalam kolam ini. Persekitaran kawasan kolam ini telah dibersihkan dan dibangunkan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kemudahan - kemudahan seperti pondok istirehat jambatan laluan berjalan kaki diatas kolam yang telah menjadikan Kolam Air Panas ini menjadi satu tempat yang menarik dan cantik. suhu air kolam ini mencecah 104°C. Kolam ini juga menjadi tumpuan bagi peserta-peserta X.P.D.C merentasi Banjaran Titiwangsa dari Raub Pahang.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI KOLAM AIR PANAS ULU SLIM :

  • Ruang istirehat yang berbumbung
  • Menyediakan tempat pejalan kaki
  • Menyediakan tempat merebus telur

KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DI KOLAM AIR PANAS ULU SLIM :

Bagi yang ingin merasai kepanasan di kolam air panas ulu slim datanglah beramai-ramai bersama keluarga atau kawan-kawan.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017 - 12:13pm