MENU

PEKELILING

Sila klik pada pautan di bawah untuk ke ruangan pekeliling.
 

GARIS PANDUAN

Penerangan ringkas

Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Perak meliputi harta-harta berikut :
a) Kediaman
b) Perniagaan
c) Perindustrian
d) Tanah Kosong
 

Pembayar

Seksyen 146, akta Kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) :
" Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu... "
Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.

Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu presmis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.

Pembayaran

2 kali setahun pada :
a) 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;  dan
b) 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

Sebelum membeli bangunan kediaman/ kedai/ industri

Semak dulu dengan MDTM nama pemilik dan tunggakan cukai pintunya.

Selepas membeli bangunan kediaman/ kedai/ industri

Isi borang I/J untuk pindah milik nama dalam nama senarai nilaian daripada pemilik asal (penjual) kepada pemilik baru (pembeli) di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Jika gagal berbuat demikian, anda boleh dikenakan denda RM 2,000.00 @ 6 bulan penjara @ kedua - dua sekali.

Tujuan Bayaran

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.

Kegunaan Cukai Pintu

Hasil cukai pintu yang dikutip dipulangkan balik kepada warga Majlis Daerah Tanjong Malim dalam bentuk:-
a)Penjagaan kebersihan Bandar Tanjong Malim
b)Pembelanjaan kutipan sampah
c)Pembinaan parit dan longkang
d)Penyediaan dan penyelenggaraan tempat awam seperti pasar, taman permainan kanak-kanak, lampu jalan dan lain-lain kemudahan awam.

Tindakan jika gagal membayar cukai tanah

Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
Harta anda akan DISITA

Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Jun 2017 - 10:32am