MENU

Negeri Perak Darul Ridzuan telah terpilih sebagai tuan rumah bagi Penganjuran SUKMA edisi ke-19 tahun 2018. Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 12 hingga 22 September 2018. Dianggarkan seramai 13,000 orang atlet dan pegawai daripada 15 buah kontinjen termasuk kontinjen dari Negara Brunei Darussalam yang dijangka akan turut mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Bagi menjayakan kejohanan yang berprestij ini, seramai 3000 orang petugas sukarelawan diperlukan daripada pelbagai kategori kemahiran seperti petugas Anti Doping , ICT, MEdia, Pengangkutan, Penginapan & Sajian, Penyampian Hadiah, Perubatan, Promosi, Protokol, Venue Pertandingan (AM), Keselamatan & Lalulintas dan Perasmian Pembukaan & Penutup. Pihak Sekretariat SUKMA XIX Perak 2018 amat mengalu-alukan penglibatan Tuan/Puan bagi menjayakan temasya yang gilang gemilang ini.

Tuan/Puan boleh memuat turun Borang Sukarelawan SUKMA XIX 2018 sekiranya berminat dan kembalikan kepada pihak Sekreatriat SUKMA XIX Perak 2018 di alamat:

Sekretariat SUKMA Perak 2018
E-3-2,E-4-2, Menara SSI
Soho 2, Jalan Sultan Idris Shah
30000 IPOH PERAK.
No. Tel : 05-2461500/1551/1558
No. Faks : 05-2461514
Emel : sukmaperak2018@gmail.com
Facebook : SUKMA Perak 2018

 Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2017 (Khamis) 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 22 November 2017 - 4:51pm