MENU

Logo Majlis Daerah Tanjong Malim terdiri daripada kombinasi 3 warna asas iaitu Merah, Biru dan Kuning. Logo ini telah mula digunakan secara rasminya pada 10.Mei.2006 menggantikan logo MDTM yang lama, dimana pelancaran logo baru ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan , Y.B Dato' Chang Ko Youn, D.P.M.P
 

  Bentuk geometri di kiri dan kanan logo melambangkan pembangunan serta lapan anak tangga yang menuju kecemerlangan
 Slogan Majlis Daerah Tanjong Malim "Maju Dan Jaya"
 Simbol buku yang tersusun dan disokong oleh kawah ilmu ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan adalah nadi kehidupan
 Bentuk anak panah yang terarah ke atas melambangkan pembangunan maju dan mampan
 Bentuk geometri berwarna kuning di atas logo melambangkan struktur bangunan sebagai identiti Pusat Pengajian Tinggi yang terletak di Tanjong Malim
 Keris melambangkan ketuanan dan wadah perjuangan bangsa
 Bunga Tanjong pecah lapan adalah sebagai bunga rasmi MDTM membawa maksud kebersihan dan keindahan lapan kwasan pentadbiran di MDTM
 Lambang elektron bermaksud pembangunan, perindustrian, berteknologi tinggi dan automotif
 Simbol jalan raya dan air melambangkan kemudahan infrastruktur dan keperluan asas penduduk
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 21 Julai 2017 - 9:01am